Monday, February 28, 2011

Kongsi2 pengetahuan.....

Assalamualaikum.....pebuka kata untukhari yg indah...hari ni seperti biasa aku memulakan tugasku sebagai pendidik anak bangsa dengan semangat yg berkobar2 dan penuh keikhlasan......cewah.....mengalahkan cikgu sastera.......sepatutnya aku memilih option sastera,memandangkan kepalaku yg jiwang karat ni..tup2 ter ambil pra sekolah plak..terlebih jiwang la...sakit jiwa lagi...pagi2 lagi hatiku sudah tercuit dengan salah seorang parents ni....hari ni 1 hb 3 kan..jadi berpusu2 la mak bapak datang ke tadika untuk menjelaskan yuran,seorang daripada mereka ni telah mnelahirkan rasa bimbang pada anak kesayangannya,katanya anaknya itu malas,degil dan cepat naik angin....dia takut anaknya yg baru berusia 5 tahun itu tidak boleh membaca dan menulisseperti kanak2 lain.menurutnya lagi anak jiranya yg juga turut belajar di tadika ku,telah bijak membaca dengan lancar kalau nak dibandingkan dengan anaknya...
Sebagai pengetua di tadika,dan berbekalkan pengalaman hampir mencecah 11 tahun menceburi biang ini aku sudah biasa dengan masalah itu dan sudah ada jawapan yg tersedia di mindaku untuk solan mereka...sebagai jawapanya untuk ibu yg penyayang itu dan juga untuk tatapan kalian semua disini aku ingin kongsikan beberapa kaedah untuk melahirkan anak yg cemerlang.....
sebenarnya.....kita di lahirkan sama ...keculi dengan potensi dan kebolehan yg berbeza2..cuma perlu betul cara dan kaedah pembelajaran yg di terima...ada kanak2 yg cepat menerima sesuatu yg dijar dan ada yg perlukan lebih perhatian sebelum dia dapat menguasai sesuatu...Dalam mendidik anak2 sebenarnya tiada peranan khusus yg boleh didikuti dan ditetapkan kerana stp anak adalah makhluk yg luarbiasa dan unik dan berbeza2 watak dan karektornya anatara satu sama lain.sebenarnya terdapat 7 kaedah untuk mendidik anak menjadi cemerlang:
1) KAEDAH PESANAN DAN ARAHAN
Pesanan dan arahan merupakan salah satu drpd kaedah yg di sarankan oleh baginda Rasulullah.menurut pakar pendidikan kanak2 ,kanak2 yg pintar harus di beri pesanan sebanyak 200 kali tanpa bosan supaya mereka dapat memahami sesuatu perkara itu dan bertindak dengan baik..
2)KAEDAH BERCERITA
Tujuan bercerita ialah untk mendidik anak2 secara tidah langsung melaui pemahaman bawah sedar mereka,menyampaikan maklumat & menyerapkan pengajaran yg bolehdi cungkil drpd cerita tersebut...jadi ambillah masa seketika dan berceritalh sesuatu kepada anak2 anda.
3) KAEDAH SOAL JAWAB
Anak2 kecil lazimnya suka bertanya soalan yg bertubi2.ramai ibu-bapa yg tidak mengambil peduli keletah anak2 ini.Tabiat ini sewajarnya menjadi amalan ibu-bapa kerana tabiat bertanya itu suadah mengambarkan pembangunan minda anak2 yg cemerlang.Jika di tangani dngn baik anak itu mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi cemerlang.jadi cubalah menjawab setiap persoalan dari anak2.kerana anak2 mual belajar melaui kedua ibu-bapanya kemudian barulah melalui gurunya.
4) KAEDAH MERUJUK PENGALAMAN LALU
Pengalaman yg positif boleh dijadikan tauladan,pengalaman negatif boleh di jadikan teladan.pengalaman boleh dibuktikan melaui gambar,dokumen atau barangan peninggalan yg terlibat.berkongsilah pengalamna anda bersama anak2 agar mereka dapat menjadikannya panduan dan iktibar di masa hadapan.
5)KAEDAH NASIHAT DAN TUNJUK AJAR
Kaedah ini haruslah dilakukan dengan penuh kelembutan...ini kerana kanak2 haruslah di tegur dan di nasihati dengan kata2 yg elok.namun harus dingatkan kaedah ini tidak boleh dilakukan selalu kerana ianya kam membosankan kanak2. sebaiknya sewaktu memberi nasihat dan teguran ,suruhlah anak2 memerhati mata anda atau pun tunduk.
6) KAEDAH BERMAIN DAN BERGURAU.
Dekati anak2 anda..bergurau dan bermainlah bersama jika terdapat kelapangan,curilah masa anda demi mereka.menurut kajian psikologi apabila anak2 berasa gembira dan di sayangi,mereka akan menjadi anak yg berdisiplin dan berakhlak baik.Harus diingat terlalu tegas tidak bermakna berjaya mendisiplinkan anak sebaliknya ini hanay akan merenggangkan hubungan kalian dan anak anda kan lebih jauh dari anda tanpa anda sedari.
7) KAEDAH LATIHAN YG BERTERUSAN
Akhirsekali anak cemerlang perlu di latih secara praktikal dan berterusan.kaedah ini juga di sarankan oleh Rasulullah(s.A.W).Kaedah ini juga boleh di hagikan kepada beberapa faktor iaitu:
(a) Jantina
(b) usia

Begitulah beberapa kaedah yg dapat saya kongsikan bersama kalian...namun harus diingat berdoalah..kerana doa ibu-bapalah yg terbaik buat anak2..marilah bersama2 kita berusaha demi menjadikan permata hati kita insan yg cemerlang ...cewah..mengalahkan pakar mnotivasi..tapi manalah tau kan one day aku dapat jadi perunding kanak2 ke...siapa tahu.....ok dah panjang lebar ni jumpa esok ye...kita tengok apa pulak yg nak jadi esok....bye...wassalam....

Sunday, February 27, 2011

Picas Jalan2 ke Pulau Jerejak...

Atas Ferry...layan.....
Jom makan......

Kembali Terjalin...

Hmmmm.....aku sendiri benar2 tak faham.....jadi..ku telan je la...walaupun sepahit mana sekalipun...mungkin ini ujian dari yg maha esa......dah tak nak cerita bab sedih2 ni.....hari ni aku nak cheer up semula...semalam adalah kenangan kan....jadi hari ini harus dihiasi dengan warna2 kebahagian....semalam kami satu family telah membuat keputusan yg drastik....mengapa tidak...masing2 dah capai keboringan tahap gaban...asyik bergolek di rumah je....finally anak sulungku bercerita tentang kawanya yg telah pergi makan angin ke pulau Jerejak...sepantas kilat hubbyku terus membuat decision spontan...apalagi charlie angle ku tergedik2 seronok la...apalagi terus bergaya tanpa di suruh terutama si kakak....,walaupuun pulau Jerjak tu tak la jauh mana dari rumahku...kami semua tak pernah pun sampai ke sana..bukan apa tak terlintas di fikiran pun....lepak kat pesisir Queensbay tu dah bleh nampak pulau tinggalan banduan tu......tu yg tak berminat di jiwa tu....tapi kali dah tersampai tanpa di rancang.....menurut perancangan kami sefamily akan ke langkawi cuti sekolah ni.....tu yg x mau p mana2 untuk masa yg terdekat ni bukan apa...nak jimat wang.....nanti bila kat Langkawi melopong jer..hi..hji...ni ada la sedikit photo kami ke sana.....

Thursday, February 24, 2011

hatiku damai di pagi Jumaat...

Tenang setenag air di kali.....syukur ,walaupun begitu aku tidak pasti samaada aku harus memberi kemaafan dan melupakan sahaja segala,adakah aku terlalu lemah....atau aku terlalu menyintainya....,Mujur aku punya teman2 setia di sisi....sesekali senda -gurau mereka..menghilangkan resah dan gundah yg bersarang di hati ini...aku ingin menjadi sekeras batu..tetapi sifat azaliku yg cepat memaafkan walau sebesar mana kesalahan yg di lakukan menghalang aku untuk berbuat begitu......
Aku sudah berjanji kepada diri sendiri.....yg berlalu biarkanlah....semalam adalah kenangan,dan harini dalah masa depan yg masih punya banyak ranjau dan duka.....biarlah aku sahaja yg tahu hatiku.....
Hari ini aku nak lupakan segalanya...life must go on kan.....mujur murid2 ku ni menjadi penghibur..ada saja celoteh mereka.....kekadang tu...naik sakit otak di buatnya...aku lebih rela sakit otak dengan mereka..dari sakit hati......

Wednesday, February 23, 2011

Jiwa lara...

Hai...pelbagai rasa muncul akhir2ni....bosan...benci...geram dan segala2nya..cuma tak terluah dek kata.......mengapa tida kejujuran di dalam sebuah perhubungan yg di bina atas rasa penuh keikhlasan.......,tak cukupkah,usia perkenalan yg hampir mencecah puluhan tahun atau sememangnya usia itu terlalu mentah untuk aku lebih mengenali hati budinya.......,mudah benar dia menghancurkan sejuta kepercayaan yg aku sandarkan sekian lama....rapuhnya ikrar janji setia yg pernah di lafazkan....sungguh benar aku terkilan......aku bukanlah pemuitis tegar yg bisa menyusun ayat2 pujangga..cuma hanya di sini aku bisa meluah rasa.....aku yakin ini bukan cuma telahan rasa ku..tapi kenyataan dan realiti yg harus di terima oleh akal dan fikiran....tuhan mentakdirkan aku memiliki sekeping hati yg lembut dan mudah memberi kemaafan,namun untuk aku melupakan segala-nya..tidak sekali...sekali hati ini terguris...tak mungkin akan sembuh sepenuhnya.....bukan berdendam tapi rasa terkilan itulah yg akan membelenggu jiwaku sampai bila2.....entah mengapa kali ini terlalu sukar untuk aku memberi kemaafan,bila ku kenag kembali apa yg ku baca tempohari.....luka hati ini berdarah kembali....entahlah...setiapkali aku sujud pada yg esa..hanya doa kupohon agar aku di beri kekuatan untuk tabah merungkai kekusutan ini.....aku kuni bukan lagi bernafas di alam remaja yg penuh keriangan...luka-terluka tika itu adalah asam-garam kehidupan remaja...tapi kini lain ceritanya.....aku harus kuat dan berfikiran positif...mencari jalan keluar setiap permasaalahan yg wujud.....tanpa ada hati yg terluka..walau hati ini seringkali...terluka oleh perbuatan mereka2 yg tak pernah memahami........

Thursday, February 10, 2011

Aku tak faham......

Salam buat semua....dah lame rasanya x membelek blogg ku ini.....busynya aku aduhai.......mengalahhkan menteri...hi..hi..,tak sempat nak menjenguk apatah lagi nak mencoret di sini.......semalam sewaktu melalui kaki lima pasaraya......aku tengok....mak ai...berlonggok2 bunga ros beraneka warna.....dan d hias indah dengan pembalut yg berwarna-warni........untuk apa dan kenapa ia dijual...aku rasa korang semua dah sedia maklum kan...........yg sedih dan pedihnya...pembeli2nya adalah dari golongan muda-mudi melayu.Aku ni bukan nya cerdik pandai didalam agama ni...tapi sebagai seorang muslim hal2 sebegini sudah menjadi kemestian untuk di ketahui oleh pengganut agama Islam.....setahu aku tidak tercatat pun di dalam Al-Quran...hari Valentine perlu di sambut....masyaallah....betapa mudahnya.....budaya barat menguasai diri dan fikiran umat muhammad ini...tidak kah mereka tahu..beberapa hari saja lagi kita kan menyambut "Maulidurrasul" hari kelahiran baginda rasulullah yg kita kasihi.....hari kelahiran kekasih Allah.....