Tuesday, March 1, 2011

Kurniaan Ilahi.......

Salam pagi rabu nan damai buat semua.....syukur padamu ya Allah.Cuaca pagi ini damai sekali..setelah semalam bumi tuhan ini basah disimbahi hujan.Hmmm...pagi ini aku menjalankan rutin kehidupan ku seperti biasa.pagi2 lagi aku dah jadi driver kepada tuan2 puteriku ke sekolah,selepas itu terus ke tadika untuk berbakti kepada putera-puteri bangsa.namun begitu perasaan jemu tidak pernah terukir di kamus hidupku..bagiku itulah amanah yg harus aku junjung.
Semalam ayahku menghubungiku dari kg,katanya adik bongsuku telah selamat di bedah...adikku itu mengalami masalah fibroid yg agak serius,kesian pulak aku kat dia,keputusan stpm baru je keluar,mujur keputusannya sangat memberangsangkan...kalau kalian nak tahu adikku yg sorang ni..kalau nak diikutkan bermula dari upsr hinggalah ke spm,keputusannya amat baik,namun disebabkan dia terlalu manja dengan mak,dia lebih rela bersekolah di sekolah biasa yg dekat dengan rumah,asalkan dapat berkepit dengan mak selalu....aku pun heran dan pening dengan perangainya tu...lepas ni kita tengok la apa pulak nak jadi...aku rasa dia akan cuba minta U yg dekat2 sini saja...hmmm nampaknya USM la.....hi..hi..hi,tapi aku berdoa moga2 dia ken humban jauh ke UTM Skudai ke...UM ka.....ha..ha baru padan muka dia....sikap dan peel dia jauh berbeza dengan aku dan adik beradik yg lain yg lebih suka berdikari...anak bongsu semua macam tu kot.....
berbalik pada kisah dia yg sekarang check in di wad spital,petang ni aku terpaksa la tembak balik kg sekejap lepas sekolah ni....nak jenguk dan p gelak kat dia sikit...hi..hi.,harap2 hubby aku pun dapat balik awal sikit hari ni...ok la..aku terpaksa masuk kelas...dah lama beronggeng di sini.....jumpa lagi esok mungkin dengan pic budak masuk spital...hi..hi...wassalam...

No comments:

Post a Comment