Monday, February 28, 2011

Kongsi2 pengetahuan.....

Assalamualaikum.....pebuka kata untukhari yg indah...hari ni seperti biasa aku memulakan tugasku sebagai pendidik anak bangsa dengan semangat yg berkobar2 dan penuh keikhlasan......cewah.....mengalahkan cikgu sastera.......sepatutnya aku memilih option sastera,memandangkan kepalaku yg jiwang karat ni..tup2 ter ambil pra sekolah plak..terlebih jiwang la...sakit jiwa lagi...pagi2 lagi hatiku sudah tercuit dengan salah seorang parents ni....hari ni 1 hb 3 kan..jadi berpusu2 la mak bapak datang ke tadika untuk menjelaskan yuran,seorang daripada mereka ni telah mnelahirkan rasa bimbang pada anak kesayangannya,katanya anaknya itu malas,degil dan cepat naik angin....dia takut anaknya yg baru berusia 5 tahun itu tidak boleh membaca dan menulisseperti kanak2 lain.menurutnya lagi anak jiranya yg juga turut belajar di tadika ku,telah bijak membaca dengan lancar kalau nak dibandingkan dengan anaknya...
Sebagai pengetua di tadika,dan berbekalkan pengalaman hampir mencecah 11 tahun menceburi biang ini aku sudah biasa dengan masalah itu dan sudah ada jawapan yg tersedia di mindaku untuk solan mereka...sebagai jawapanya untuk ibu yg penyayang itu dan juga untuk tatapan kalian semua disini aku ingin kongsikan beberapa kaedah untuk melahirkan anak yg cemerlang.....
sebenarnya.....kita di lahirkan sama ...keculi dengan potensi dan kebolehan yg berbeza2..cuma perlu betul cara dan kaedah pembelajaran yg di terima...ada kanak2 yg cepat menerima sesuatu yg dijar dan ada yg perlukan lebih perhatian sebelum dia dapat menguasai sesuatu...Dalam mendidik anak2 sebenarnya tiada peranan khusus yg boleh didikuti dan ditetapkan kerana stp anak adalah makhluk yg luarbiasa dan unik dan berbeza2 watak dan karektornya anatara satu sama lain.sebenarnya terdapat 7 kaedah untuk mendidik anak menjadi cemerlang:
1) KAEDAH PESANAN DAN ARAHAN
Pesanan dan arahan merupakan salah satu drpd kaedah yg di sarankan oleh baginda Rasulullah.menurut pakar pendidikan kanak2 ,kanak2 yg pintar harus di beri pesanan sebanyak 200 kali tanpa bosan supaya mereka dapat memahami sesuatu perkara itu dan bertindak dengan baik..
2)KAEDAH BERCERITA
Tujuan bercerita ialah untk mendidik anak2 secara tidah langsung melaui pemahaman bawah sedar mereka,menyampaikan maklumat & menyerapkan pengajaran yg bolehdi cungkil drpd cerita tersebut...jadi ambillah masa seketika dan berceritalh sesuatu kepada anak2 anda.
3) KAEDAH SOAL JAWAB
Anak2 kecil lazimnya suka bertanya soalan yg bertubi2.ramai ibu-bapa yg tidak mengambil peduli keletah anak2 ini.Tabiat ini sewajarnya menjadi amalan ibu-bapa kerana tabiat bertanya itu suadah mengambarkan pembangunan minda anak2 yg cemerlang.Jika di tangani dngn baik anak itu mempunyai potensi yg tinggi untuk menjadi cemerlang.jadi cubalah menjawab setiap persoalan dari anak2.kerana anak2 mual belajar melaui kedua ibu-bapanya kemudian barulah melalui gurunya.
4) KAEDAH MERUJUK PENGALAMAN LALU
Pengalaman yg positif boleh dijadikan tauladan,pengalaman negatif boleh di jadikan teladan.pengalaman boleh dibuktikan melaui gambar,dokumen atau barangan peninggalan yg terlibat.berkongsilah pengalamna anda bersama anak2 agar mereka dapat menjadikannya panduan dan iktibar di masa hadapan.
5)KAEDAH NASIHAT DAN TUNJUK AJAR
Kaedah ini haruslah dilakukan dengan penuh kelembutan...ini kerana kanak2 haruslah di tegur dan di nasihati dengan kata2 yg elok.namun harus dingatkan kaedah ini tidak boleh dilakukan selalu kerana ianya kam membosankan kanak2. sebaiknya sewaktu memberi nasihat dan teguran ,suruhlah anak2 memerhati mata anda atau pun tunduk.
6) KAEDAH BERMAIN DAN BERGURAU.
Dekati anak2 anda..bergurau dan bermainlah bersama jika terdapat kelapangan,curilah masa anda demi mereka.menurut kajian psikologi apabila anak2 berasa gembira dan di sayangi,mereka akan menjadi anak yg berdisiplin dan berakhlak baik.Harus diingat terlalu tegas tidak bermakna berjaya mendisiplinkan anak sebaliknya ini hanay akan merenggangkan hubungan kalian dan anak anda kan lebih jauh dari anda tanpa anda sedari.
7) KAEDAH LATIHAN YG BERTERUSAN
Akhirsekali anak cemerlang perlu di latih secara praktikal dan berterusan.kaedah ini juga di sarankan oleh Rasulullah(s.A.W).Kaedah ini juga boleh di hagikan kepada beberapa faktor iaitu:
(a) Jantina
(b) usia

Begitulah beberapa kaedah yg dapat saya kongsikan bersama kalian...namun harus diingat berdoalah..kerana doa ibu-bapalah yg terbaik buat anak2..marilah bersama2 kita berusaha demi menjadikan permata hati kita insan yg cemerlang ...cewah..mengalahkan pakar mnotivasi..tapi manalah tau kan one day aku dapat jadi perunding kanak2 ke...siapa tahu.....ok dah panjang lebar ni jumpa esok ye...kita tengok apa pulak yg nak jadi esok....bye...wassalam....

No comments:

Post a Comment